Wednesday, March 28, 2018

FLASH MOB IRM PAPAR ISU KEMANUSIAAN GLOBAL

Islamic Relief Malaysia (IRM) melancarkan Kempen #SalamRamadan 1439H di pusat beli belah MyTown, Cheras hari ini sempena menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba. Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin itu bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai kempen Ramadan yang dijalankan disamping untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap isu kemanusiaan global yang acapkali berlaku.

“Melalui kempen ini, IRM menyasar kutipan dana sebanyak RM10 juta untuk pelbagai sektor bantuan seperti Kesihatan, Makanan, Pendidikan, Air, Sanitasi & Kebersihan, Perlindungan, Orang Kelainan Upaya (OKU) serta Anak Yatim,” ujar Zairulshahfuddin Dalam majlis pelancaran itu, satu persembahan flash mob oleh kakitangan serta sukarelawan IRM berjaya memikat perhatian orang awam yang mengunjungi pusat beli belah tersebut melalui sketsa kemanusiaan yang ditonjolkan.

“Apa yang cuba disampaikan oleh IRM melalui persembahan tarian kilas (flash mob) yang diadakan adalah mengenai kepentingan bersedekah dan impaknya. “Situasi yang dipaparkan pula merangkumi pelbagai sektor seperti bencana gempa bumi, kemarau dan kebuluran serta pendidikan,” tambah Zairulshahfuddin.

Kempen #SalamRamadan IRM tahun ini memberi impak kepada 63,000 penerima manfaat di Malaysia dan 3.4 juta penerima manfaat di luar negara melalui pelbagai projek; Pek Makanan Ramadan, mySedekah, Projek Tempatan, Projek Antarabangsa, Kecemasan, Wakaf, Al-Yateem dan lain-lain.

Majlis pelancaran hari ini turut mendapat sokongan pihak MyTown dan Santai Penyet.